Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu 2009 ............Part 1





TANGGAL 10 Mei kita akan meraikan hari yang cukup istimewa untuk bonda. Walaupun ramai yang mengatakan menghargai ibu bukan hanya sehari kerana jasanya yang tiada ternilai walaupun diberi wang berjuta ringgit, rasanya tidak salah jika kita memilih satu hari untuk meraikan mereka supaya pada hari itu dapat diadakan majlis yang khusus untuknya.

Tidak kira apa yang dilakukan, pastikan Hari Ibu ini juga waktu untuk kita menginsafi kembali peranan ibu yang banyak berjasa dalam hidup kita. Segala kepayahan yang diharungi bagi membesarkan kita untuk menjadi insan berjaya dan segala pengorbanan yang dilakukan bagi memastikan kita dapat menikmati kehidupan selesa semestinya dijadikan pedoman dalam hidup kerana ada kalanya apabila sudah berjaya, kita lupa asal-usul.

No comments: